Marvel Studios telah memperlihatkan klip terkini filem The Marvels, yang dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 9 November 2023 ini.

Dalam klip bertajuk "Friend of Yours", Carol Danvers/ Captain Marvel (lakonan Brie Larson) sedang melawan musuh di rumah Kamala Khan/ Ms. Marvel (lakonan Iman Vellani). Apabila Danvers menggunakan kuasanya, dia bertukar tempat dengan Ms. Marvel, yang mengambil alih pertarungan. Khan bertukar tempat lagi dan berakhir di stesen angkasa dengan Nick Fury (lakonan Samuel L. Jackson), yang memberikan hero muda itu bantuan yang amat diperlukan.

Saksikan klip filem The Marvels di bawah:

Sinopsis rasmi filem The Marvels adalah seperti berikut:

Carol Danvers AKA Captain Marvel has reclaimed her identity from the tyrannical Kree and taken revenge on the Supreme Intelligence. But unintended consequences see Carol shouldering the burden of a destabilized universe. When her duties send her to an anomalous wormhole linked to a Kree revolutionary, her powers become entangled with that of Jersey City super-fan Kamala Khan, aka Ms. Marvel, and Carol’s estranged niece, now S.A.B.E.R. astronaut Captain Monica Rambeau.

Filem The Marvels dibarisi pelakon seperti Brie Larson, Iman Vellani dan Teyonah Parris, selain turut menampilkan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Zawe Ashton sebagai Dar-Benn, dan Park Seo-joon sebagai Putera Yan.

Filem The Marvels diarahkan oleh Nia DaCosta, yang menulis skrip bersama Megan McDonnell dan Elissa Karasik. Filem ini adalah sekuel langsung kepada Captain Marvel dan kesinambungan siri Disney+ Ms. Marvel. The Marvels ialah filem ketiga dalam senarai filem MCU Fasa 5 selepas Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan Guardians of the Galaxy Vol. 3.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post