Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny, yang merupakan filem terakhir dalam francais filem Indiana Jones, akan boleh distrim melalui Disney+ mulai 1 Disember 2023 ini. Manakala dokumentari penuh bertajuk Timeless Heroes  yang menceritakan perjalanan kewujudan watak ikonik tersebut turut akan disiarkan serentak pada tarikh berkenaan.

Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny telah mengutip lebih USD380 juta di box office global, adalah sebuah pengembaraan sinematik yang gah dibintangi oleh Harrison Ford, Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, John Rhys-Davies , Shaunette Renée Wilson, Thomas Kretschmann, Toby Jones, Boyd Holbrook, Olivier Richters, Ethann Isidore dan Mads Mikkelsen. Diarahkan oleh James Mangold dan ditulis oleh Jez Butterworth & John-Henry Butterworth dan David Koepp dan James Mangold, berdasarkan watak yang dicipta oleh George Lucas dan Philip Kaufman, filem ini diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, Frank Marshall dan Simon Emanuel, dengan Steven Spielberg dan George Lucas berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. 

Dokumentari Timeless Heroes yang diarahkan oleh Laurent Bouzereau, akan meneroka daya tarikan Harrison Ford dalam dunia hiburan, pemilihannya untuk melakonkan watak ikonik Indiana Jones, dan impak dan inspirasi yang dihasilkan oleh filem-filem berkenaan. Ianya memberikan pandangan mendalam pada detik yang luar biasa dalam sejarah filem apabila Steven Spielberg dan George Lucas mengumpulkan pasukan kreatif yang menakjubkan untuk bekerjasama dalam penanda aras sinematik yang lain dan menampilkan rakaman yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dan wawancara dengan Ford, Spielberg, Lucas, Kathleen Kennedy, Frank Marshall, James Mangold, dan ramai lagi.

Laurent Bouzereau ialah pembikin filem yang memenangi banyak anugerah dan pengarang terlaris. Antara dokumentari yang termasuk dalam senarai kreditnya termasuklah dokumentari HBO Mama's Boy, berdasarkan memoir terlaris oleh Dustin Lance Black, dan Natalie Wood: What Remains Behind (Sundance 2020), dan siri Netflix/Amblin Television yang terkenal Five Came Back (menampilkan pemenang Emmy® Meryl Streep sebagai narrator), dengan Steven Spielberg bertindak sebagai penerbit eksekutif.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post