Treler filem terakhir DCEU, iaitu Aquaman and the Lost Kingdom akhirnya diperlihatkan oleh Warner Bros., memperlihatkan gambaran awal filem yang akan ditayangkan pada 20 Disember 2023 ini.

Saksikan treler rasmi filem Aquaman and the Lost Kingdom di bawah:

Sinopsis filem Aquaman and the Lost Kingdom adalah seperti di bawah:

Having failed to defeat Aquaman the first time, Black Manta, still driven by the need to avenge his father’s death, will stop at nothing to take Aquaman down once and for all. This time Black Manta is more formidable than ever before, wielding the power of the mythic Black Trident, which unleashes an ancient and malevolent force. To defeat him, Aquaman will turn to his imprisoned brother Orm, the former King of Atlantis, to forge an unlikely alliance. Together, they must set aside their differences in order to protect their kingdom and save Aquaman’s family, and the world, from irreversible destruction.

BERKAITAN: Filem Aquaman 2 Secara Rasminya Memulakan Penggambaran!

Filem Aquaman and the Lost Kingdom kembali diarahkan oleh James Wan, menampilkan semula Jason Momoa sebagai Arthur Curry/ Aquaman. Barisan pelakon dari filem terdahulu yang akan tampil semula dalam filem ini adalah seperti Patrick Wilson (sebagai Orm), Yahya Abdul-Mateen II, Dolph Lundgren (sebagai Raja Nereus), Amber Heard (sebagai Mera), dan Randall Park (sebagai Dr. Stephen Shin).

Ianya turut akan menampilkan barisan pelakon baharu seperti Pilou Asbaek Indya Moore, Vincent Regan dan Jani Zhao.

Filem Aquaman and the Lost Kingdom ini berdasarkan watak dari komik DC yang dihasilkan oleh Paul Norris dan Mort Weisinger pada 1941. Filem Aquaman yang ditayangkan pada Disember 2018 telah mencatatkan kutipan melebihi USD1 billion di seluruh dunia, menjadikannya antara filem dengan kutipan tertinggi untuk filem DC. Watak Aquaman tampil buat pertama kali dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016), selain turut tampil dalam filem Justice League.

Filem Aquaman and the Lost Kingdom dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 20 Disember 2023.


KOMEN ANDA

أحدث أقدم