They’re dying to meet you. 

Dari Mike Flanagan, satu lagi drama thriller bakal dibawakan ke Netflix iaitu The Fall of the House of Usher, dijadualkan untuk tayangan pada 12 Oktober 2023 ini.

Saksikan treler siri The Fall of the House of Usher di bawah:

Siri The Fall of the House of Usher dari Mike Flanagan (yang juga bertanggungjawab membawakan siri The Haunting of Hill House dan Midnight Mass) merupakan siri kisah seram berdasarkan kisah pendek karya penulis Edgar Allan Poe, mengisahkan tentang adik-beradik Roderick dan Madeline Usher yang membina empayar kekayaan dan kekuasaan di bawah syarikat Fortunato Pharmaceuticals. Walau bagaimanapun, rahsia silam kembali menghantui apabila satu demi satu waris dinasti Usher menemui ajal di tangan seorang wanita misteri dari zaman remaja mereka. 

Dibarisi pelakon seperti Bruce Greenwood, Carla Gugino dan Mark Hamill, siri The Fall of the House of Usher dijadualkan untuk tayangan di Netflix pada 12 Oktober 2023 ini.


KOMEN ANDA

أحدث أقدم