Salah satu kisah mitos silam masyarakat Cina yang merentas zaman kini dijelmakan sekali lagi, kali ini dalam bentuk filem animasi. Filem The Monkey King, sebuah kisah komedi kekeluargaan penuh aksi mengisahkan Monkey yang berani dan angkuh — dan Stick si kayu magikal — dalam pengembaraan penuh epik untuk menghapuskan 100 syaitan. Bersedialah untuk menelusuri pengembaraan penuh kacau bilau apabila filem The Monkey King ditayangkan di Netflix pada 18 Ogos 2023 ini!

Saksikan treler filem Netflix The Monkey King di bawah:

Sinopsis filem The Monkey King adalah seperti berikut:

The Monkey King is an action-packed family comedy that follows a rebellious and charismatic Monkey and his magical fighting Stick on an epic quest for victory over 100 demons, an eccentric Dragon King, and Monkey’s greatest foe of all — his own ego! Along the way, a young village girl challenges his self-centred attitude and shows him that even the smallest pebble can have a big effect on the world. 

Diarahkan oleh Anthony Stacchi dan diterbitkan oleh Peilin Chou, The Monkey King dibarisi pelakon suara seperti Jimmy O. Yang (sebagai Monkey King), Jolie Hoang-Rappaport (sebagai Lin), Nan Li (sebagai Stick), Bowen Yang (sebagai Dragon King), Jo Koy (sebagai Benbo), Ron Yuan (sebagai Babbo), Hoon Lee (sebagai Jade Emperor), BD Wong (sebagai Buddha), Andrew Kishino (sebagai Demon of Havoc), Sophie Wu (sebagai Red Girl), Andrew Kishino (sebagai King Yama), Jodi Long (sebagai Wangmu) dan James Sie (sebagai Elder Monkey).

Filem The Monkey King dijadualkan untuk tayangan di Netflix pada 18 Ogos 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post