Baru-baru ini, perkhidmatan penstriman video, Prime Video telah mengumumkan filem The King of Musang King, yang merupakan filem arahan pengarah dari Singapura yang merekodkan kutipan tertinggi untuk tempoh separuh tahun 2023, boleh ditonton secara eksklusif di Prime Video di Malaysia mulai 27 Julai 2023 ini.

Filem The King of Musang King mengisahkan tentang watak Mao Shan (lakonan Jack Neo yang juga pengarah filem ini), seorang pekebun durian yang berhasrat ingin mengembangkan jualan duriannya ke luar negara susulan 'tekanan' daripada "Three Heavenly Kings" yang menguasai bisnes berkenaan. Beliau membantu Mei Lian (lakonan Yeo Yann Yann), jirannya dan penyokong utamanya, untuk meningkatkan pengeluaran hasil duriannya, namun dalam masa yang sama jatuh hati kepadanya. 

Walau bagaimanapun, sumi Mei Lian yang telah lama terpisah, Jin Shui (lakonan Mark Lee) kembali, merumitkan lagi keadaan. Jin Shui cuba mempengaruhi anak-anak Mei Lian untuk membenci Mao Shan, dan kini terpulang kepada Mao Shan untuk menyelamatkan bisnesnya, seterusnya memenangi hati Mei Lian.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post