Kalau disebutkan watak ikonik dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), tidak lengkap rasanya jika tak menyenaraikan nama Nick Fury. Salah satu watak penting dalam MCU, Nick Fury telah merencanakan gabungan kerjasama superhero terhebat dunia. Sebagai peminat yang sentiasa ternanti-nantikan kemunculan Nick Fury, terutamanya dalam siri Secret Invasion di saluran Disney+ Hotstar pada 21 Jun 2023 ini, berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Nick Fury.

1. BEKAS PENGARAH S.H.I.E.L.D.

Nick Fury mengendalikan organisasi Strategic Homeland Intervention, Enforcement and Logistics Division (S.H.I.E.L.D.) dengan bantuan World Security Council, di mana dia berdepan dengan isu kemunculan individu dengan kuasa dan kemampuan unik, teknologi canggih yang membahayakan, dan makhluk asing. Sebagai bekas ketua pasukan perisikan rahsia, Fury sentiasa bertindak sebagai di belakang tabir, melaksanakan operasi kompleks dan mengaturgerak sumber dalam kawalannya untuk mengawal keamanan dunia. 

2. NICK FURY MENGGERAKKAN THE AVENGERS INITIATIVE 

Selepas pertemuan dengan Carol Danvers/ Captain Marvel, Fury menyedari bahawa sumber dimiliki tak mampu mempertahankan dunia sekiranya diancam, terutamanya dari luar galaksi. Disebabkan itu, Fury menggerakkan Avengers Initiative atau sebelumnya dikenali sebagai The Protector Initiative, terdiri daripada sekumpulan individu unik yang digabungkan dalam satu pasukan untuk mempertahankan Bumi sekiranya diperlukan.

3. MARIA HILL MERUPAKAN EJEN DAN RAKAN TERBAIKNYA

Maria Hill merupakan individu penting dalam kehidupan Fury. Sebagai bekas Timbalan Pengarah dan Komander S.H.I.E.L.D, dia dilantik oleh Nick Fury sebagai orang kanannya. Bukan sahaja menyelia Avengers Initiative dan kebangkitan semula Phil Coulson, dia akhirnya membantu memalsukan kematian Fury apabila dia diserang oleh HYDRA, dan bekerja bersama Captain America, Black Widow dan Falcon untuk mendedahkan kewujudan HYDRA dalam S.H.I.E.L.D. dan menamatkan Project Insight.

Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, boleh dipercayai dan dedikasi bersama untuk mencapai objektif menjadikan dia salah seorang ejen terbaik Nick Fury. Sebagai rakannya, dia secara konsisten menunjukkan pemahaman mendalam tentang niat, pemikiran dan motivasi Fury.

4. NICK FURY SUDAH LALI DENGAN PENGKHIANATAN

Kepercayaannya telah dimusnahkan beberapa kali, terutamanya oleh rakan seperjuangannya sendiri, Alexander Pierce, yang kesetiaannya sebagai ejen HYDRA adalah satu tamparan yang dahsyat. Di bawah arahan Pierce, percubaan membunuh Fury telah dilakukan. Dalam dunia yang penuh dengan pengkhianatan, ketabahan Fury membuktikan bahawa walaupun berhadapan dengan pengkhianatan, dia tetap menjadi kuasa yang hebat untuk diperhitungkan.


5. ASAL-USUL PENUTUP MATA NICK FURY 

Penutup mata yang dipakai Nick Fury telah lama menjadi trademark di kalangan peminat Marvel. Selama bertahun-tahun, peminat membuat spekulasi dan berteori kisah di sebaliknya. Dalam filem Captain Marvel (2019), telah mendedahkan bahawa Fury kehilangan matanya akibat cakaran yang tidak dijangka dari kucing nakal, Goose, seekor Flerken yang merupakan spesies asing yang dibawa ke Bumi oleh Mar-Vell.

Jangan lupa tonton siri Secret Invasion di saluran Disney+ Hotstar pada 21 Jun 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post