The legend of Dracula is born.

Begitulah tagline filem The Last Voyage of the Demeter, filem seram terbaharu dibawakan oleh Universal International Pictures (UIP) Malaysia.

Saksikan treler filem The Last Voyage of the Demeter di bawah:

Berdasarkan satu bab mengerikan dari novel klasik Dracula karya Bram Stoker, The Last Voyage of the Demeter menceritakan kisah menakutkan di sebalik kapal pedagang Demeter, yang disewa khas untuk membawa kargo misteri — iaitu 50 bekas kayu tak bertanda — dari Carpathia ke London. Walau bagaimanapun, kejadian aneh mula menghantui krew kapal berkenaan ketika mereka bergelut mengharungi samudera luas, diganggu entiti asing yang muncul secara tiba-tiba. Apabila kapal Demeter akhirnya tiba di pesisir pantai England, ianya tinggal menjadi kapal yang ditinggalkan tanpa sebarang tanda kewujudan krew. Apakah yang sebenarnya terjadi?  

Filem The Last Voyage of the Demeter diarahkan oleh André Øvredal, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 17 Ogos 2023.

Filem The Last Voyage of the Demeter dibintangi oleh Corey Hawkins, Aisling Franciosi, Liam Cunningham, David Dastmalchian, Jon Jon Briones, Stefan Kapicicm Nikolaeff dan Javier Botet.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post