Penantian bakal berakhir! Selepas mengakhiri tempoh tayangan bersejarah di pawagam, filem arahan James Cameron yang mencetuskan fenomena global, iaitu Avatar: The Way of Water akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 7 Jun 2023 ini, mengandungi pengisian bonus melibatkan pembikin filem, pelakon dan krew.

Filem Avatar: The Way of Water mula ditayangkan di pawagam pada 16 Disember 2022 yang lalu, dan menjadi filem ketiga mengaut kutipan tertinggi dalam sejarah, merekodkan kutipan box office hampir USD2.32 bilion. Tercalon dalam beberapa kategori di Anugerah Academy® termasuklah kategori Best Picture, filem berkenaan juga menjadi tanda aras kesan visual untuk filem-filem lain. 

Diterbitkan oleh Cameron dan Jon Landau, filem Avatar: The Way of Water menampilkan barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Cliff Curtis dan Kate Winslet. Turut tersenarai adalah Britain Dalton, Jamie Flatters, Trinity Jo-Li Bliss, Bailey Bass dan Jack Champion. 

Filem Avatar: The Way of Water menyaksikan James Cameron mengembalikan magis dunia Pandora ke layar perak, selepas kejayaan besar filem Avatar (2009). Sinopsis filem Avatar: The Way of Water adalah seperti berikut:

Set more than a decade after the events of the first film, Avatar: The Way of Water begins to tell the story of the Sully family (Jake, Neytiri, and their kids), the trouble that follows them, the lengths they go to keep each other safe, the battles they fight to stay alive, and the tragedies they endure. All of this against the backdrop of the breathtaking seascapes of Pandora, where audiences are introduced to new Na’vi cultures and a range of exotic sea creatures. 

Filem Avatar: The Way of Water akan menemui penonton di saluran Disney+ Hotstar pada 7 Jun 2023 ini

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post