Dalam barisan filem seram yang pernah dihasilkan, siri filem Friday the 13th mempunyai tempatnya yang tersendiri. Terbaharu, pengarah asal filem tersebut, iaitu Sean Cunningham dilaporkan akan menghasilkan reboot filem Friday the 13th, hampir 14 tahun selepas filem terakhir dalam francais filem tersebut dihasilkan!

Menurut laporan portal Bloody Disgusting, Cunningham dalam proses untuk menghasilkan filem reboot Friday the 13th dari ideanya tersendiri, walaupun masih terpaksa berhadapan dengan kemelut undang-undang dengan Victor Miller, yang menuntut hakmilik terhadap francais berkenaan, dan telahpun dalam tugas menyiapkan siri prekuel baharu untuk disiarkan di Peacock. Cunningham dilaporkan telah dihampiri oleh pelakon dan penulis skrip Jeff Locker, dan pengarah Jeremy Weiss yang mencadangkan idea penghasilan filem reboot tersebut, yang akhirnya dipersetujui oleh Cunningham.

Walau bagaimanapun, kemelut undang-undang yang melanda sejak bertahun-tahun lalu menjadikan proses penghasilan filem reboot Friday the 13th tersebut agak kabur, dan hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya kedua-dua Cunningham dan Miller mencapai persetujuan bersama. 

Memetik kenyataan oleh Locker, beliau berkata;

Obviously, the prequel TV series has reignited interest about a new film so we're hoping the surrounding excitement will inspire both sides to come together and give us Jason on the big screen again for the first time in 14 years, but we also have a Plan B for a sequel to the original we think fans will absolutely love and should avoid any legal entanglements.

Ogos lalu, Cunningham telah mendedahkan yang filem ke-13 dalam francais filem Friday the 13th akan ditayangkan pada tahun ini (2023). Projek tersebut mungkin berbeza dengan apa yang baharu sahaja diumumkan oleh Cunningham itu, namun sekiranya filem reboot tidak berjaya dihasilkan (disebabkan halangan perundangan), maka tekaan terbaik adalah berkemungkinan projek filem ke-13 Friday the 13th akan diteruskan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post