Bukan sekadar patung permainan. Ianya adalah sebahagian keluarga kita.  

Itulah premis yang ditampilkan dalam filem M3GAN, filem terbaharu diterbitkan master filem seram iaitu James Wan (pengarah filem seram seperti Saw, Insidious dan francais The Conjuring) dan Jason Blum (penerbit siri filem seram Halloween, The Black Phone dan The Invisible Man).

M3GAN merupakan pencapaian tertinggi dalam kepintaran buatan (AI), dan merupakan sebuah patung permainan bersaiz sebenar yang diprogram untuk menjadi peneman kepada kanak-kanak dan pembantu kepada orang dewasa. Dicipta oleh pakar robotik terkemuka bernama Gemma (lakonan Allison Williams), M3GAN boleh mendengar, melihat dan belajar sambil menjadi sahabat dan guru, juga sebagai rakan sepermainan dan pelindung kepada kanak-kanak yang dipadankan dengannya.  

Apabila Gemma secara tiba-tiba terpaksa menjadi penjaga kepada anak saudaranya yang yatim piatu berumur 8 tahun bernama Cady (lakonan Violet McGraw), Gemma yang ternyata tidak bersedia mengambil alih tugas menjaga kanak-kanak telah memadankan prototaip M3GAN kepada Cady - satu keputusan yang ternyata punyai akibat yang dahsyat! 

Diarahkan oleh Gerard Johnstone, filem M3GAN dibintangi oleh Allison Williams, Violet McGraw, Ronny Chieng, Brian Jordan Alvarez, Jen Van Epps, Lori Dungey dan Stephane Garneau-Monten.

Filem M3GAN akan ditayangkan di pawagam mulai 5 Januari 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post