Netflix telah memperlihatkan trailer filem terbaharu mereka, bertajuk Slumberland, berlatarkan dunia ajaib dan magis. Saksikan trailer Slumberland di bawah:

Diarahkan oleh Francis Lawrence dan dibintangi pelakon seperti Jason Momoa, Marlow Barkley, Chris O’Dowd, Kyle Chandler, Weruche Opia, India de Beaufort dan Humberly González, filem Slumberland dijadualkan untuk tayangan di Netflix mulai 18 November 2022

Filem Slumberland akan membawa penonton ke tempat baharu yang ajaib di suatu dunia mimpi di mana Nemo (lakonan Marlow Barkley) dan rakannya Flip (lakonan Jason Momoa) memulakan pengembaraan seumur hidup. Selepas bapanya Peter (lakonan Kyle Chandler) hilang tanpa jejak di laut, kehidupan Nemo yang indah di Pacific Northwest benar-benar berubah apabila dia dihantar untuk tinggal di bandar bersama bapa saudaranya Phillip (lakonan Chris O'Dowd). Sekolah baharunya dan rutin baharunya sangat mencabar pada siang hari, tetapi pada waktu malamnya, satu peta rahsia ke dunia fantastik Slumberland telah menemukan Nemo dengan Flip, seorang outlaw yang kasar tetapi disayangi, dan tanpa disangka-sangka, kedua-dua mereka menjadi akrab. Nemo dan Flip kini mendapati mereka dalam perjalanan yang luar biasa merentasi mimpi dan melarikan diri dari mimpi ngeri, di mana Nemo mula berharap bahawa dia akan bersatu semula dengan bapanya sekali lagi.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post