Teaser trailer terbaharu filem Glass Onion: A Knives Out Mystery beserta teaser key art telahpun diperlihatkan! Sambungan kepada filem Knives Out yang paling ditunggu-tunggu ini akan mulai ditayangkan pada 23 Disember ini di Netflix.

Saksikan teaser trailer terbaharu filem Glass Onion: A Knives Out Mystery di bawah:

BERKAITAN: Filem Glass Onion: A Knives Out Mystery Akan Ditayangkan Di Netflix Pada Disember Ini!

Menurut pengarahnya yang juga merangkap penulis dan juga produser, Rian Johnson:

The phrase I kept coming back to and talking about the first movie is, ‘It's a roller coaster and not a crossword puzzle.’ It's a common mistake in writing whodunits, thinking that you're making a crossword puzzle, and that the fun is that the audience is actually going to analyse all this and figure it out.

Jika filem Knives Out mengisahkan tentang perkaitan satu kes bunuh dengan perebutan harta antara ahli keluarga yang kompleks, filem Glass Onion: A Knives Out Mystery pula bakal menampilkan kisah melibatkan sahabat baik pula. Apabila seorang billionaire bernama Miles Bron (lakonan Edward Norton) mengajak rakan-rakan terdekatnya untuk satu percutian di hartanah peribadinya di kepulauan Greek, berlakunya satu pembunuhan, menyebabkan Benoit Blanc dipanggil untuk menyiasat misteri kematian tersebut, dan siapakah pelaku yang bertanggungjawab.

Filem Glass Onion: A Knives Out Mystery dibintangi oleh Daniel Craig (menyambung wataknya sebagai detektif Benoit Blanc), Edward Norton, Janelle Monáe, Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr., Jessica Henwick, Madelyn Cline, Kate Hudson dan Dave Bautista.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post