Semenanjung Korea kini di ambang penyatuan, dan kedua-dua negara Korea telah mula mencetak mata wang baharu sebagai asas ke arah penyatuan kedua-dua Korea. Dengan pembukaan cawangan Joint Economic Area di Malaysia, tiada masa yang lebih tepat untuk Money Heist: Korea memulakan siri rompakan terhebat di tanah air kita sendiri!
Selepas melintasi beberapa blok bangunan, para rekrut akan disambut sebuah arca besar berupa topeng Hahoe mask yang dipakai watak-watak dalam Money Heist: Korea - Joint Economic Area di ruang legar, selain pemasangan interaktif yang memperkenalkan semula la banda Korea. Selepas menukar ke pakaian serba merah dan topeng (yang boleh disimpan para rekrut selepas itu), Heist 101 akan bermula di bilik darjah Profesor, di mana para rekrut akan menerima taklimat The Plan dari mastermind rompakan tersebut.
Rompakan akan bermula sebaik sahaja para rekrut bergerak ke tingkat atas — dalam satu sesi mengejar masa untuk mengesan harta karun yang tersimpan dalam bilik Tokyo, menggodam masuk ke bilik komputer JEA di bilik Rio, dan mengasah kemahiran memerhati di bilik Nairobi, tempat pencetakan duit. Pastikan anda menyimpan barangan yang diperolehi dari setiap bilik tersebut, kerana ianya diperlukan untuk membuka peti besi terakhir yang memisahkan anda dengan matlamat utama rompakan ini: iaitu segunung wang tunai yang bernilai tinggi.
Joint Economic Area — Malaysian Branch akan dibuka kepada umum mulai Sabtu, 25 Jun hingga Ahad, 10 Julai 2i22 dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja, dan 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari minggu. Anda boleh sertai #JoinTheHeist di pautan ini: http://moneyheistkorea.rsvpify.com/
Money Heist: Korea - Joint Economic Area Part 1 ditayangkan di Netflix mulai 24 Jun 2022.
Post a Comment