Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan filem terbaharu mereka arahan adik-beradik Russo, bertajuk The Gray Man yang bertemakan aksi perisikan yang mendebarkan. Filem The Gray Man dijadualkan untuk tayangandi pawagam pada 15 Julai, manakala siaran secara penstriman akan bermula pada 22 Julai 2022.

Filem The Gray Man dibarisi pelakon hebat seperti Chris Evans dan Ryan Gosling. Ianya berdasarkan novel karya Mark Greaney (2009), dan mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan sambilan yang juga bekas anggota CIA bernama Court Gentry.  Disebabkan oleh pengkhianatan agensinya sendiri, beliau terpaksa menjadi pelarian dan mengelakkan diri dari diburu.


Selain Gosling dan Evans, The Gray Man turut dibintangi Ana de Armas, Jessica Henwick, Wagner Moura, Alfre Woodard, Regé-Jean Page, Billy Bob Thornton, Julia Butters, Dhanush, Scott Haze, Calla Mulvey, Eme Ikwuakor, Michael Gandolfini, Sam Lerner, Robert Kazinsky dan DeObia Oparei.

The Gray Man diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, dengan tujuan untuk mewujudkan satu francais besar dan terkenal seperti mana tahap filem James Bond, dengan bajet dianggarkan sekitar USD200 juta. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post