Selepas kejayaan filem Sonic the Hedgehog, nampaknya Sega berhasrat ingin menadaptasikan satu lagi permainan video terkenal mereka menjadi sebuah filem penuh. Menurut laporan oleh Deadline, permainan video yang dimaksudkan adalah Streets of Rage.

BERKAITAN: Trailer Terbaharu Sonic The Hedgehog 2 - Lebih Pantas!

Menurut laporan eksklusif tersebut, Derek Kolstad yang merupakan penulis lakon layar di sebalik filem-filem John Wick, telah ditugaskan untuk adaptasi filem tersebut. Malah, syarikat di sebalik francais filem The Equalizer, iaitu Escape Artists, dan dj2 Entertainment, salah satu syarikat di sebalik penghasilan filem Sonic the Hedgehog, akan menerbitkan filem Streets of Rage

Untuk rekod, permainan video Streets of Rage diperkenalkan pada tahun 1991 dan menjadi permainan aksi berlawan terkenal dan antara yang menguntungkan untuk Sega. Pada tahun 2020, permainan video Streets of Rage 4 telah diperkenalkan, dan menunjukkan masih ada minat untuk permainan video tersebut di kalangan peminatnya. 

Buat masa ini, masih belum ada pengumuman tentang barisan pelakon, sinopsis rasmi mahupun tarikh tayangan filem Streets of Rage. Nantikan berita selanjutnya dari kami.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post