Watak Puss in Boots yang pernah muncul dalam filem Shrek 2 (2004) sebelum ini, kini bakal muncul dalam filem standalone keduanya tidak lama lagi. Buat pertama kalinya selepas lebih sedekad, DreamWorks Animation membawakan satu lagi penceritaan dari dunia filem Shrek. Dan trailer filem tersebut, diberi tajuk Puss in Boots: The Last Wish turut diperlihatkan. Saksikan trailer filem Puss in Boots: The Last Wish di bawah :



Filem animasi bergenre pengembaraan komedi ini dibarisi pelakon-pelakon hebat yang memimjamkan suara mereka untuk watak-wataknya, seperti Antonio Banderas, Salma Hayek, Olivia Colman, Harvey Guillén, Samson Kayo, Wagner Moura, Anthony Mendez, John Mulaney, Florence Pugh, Da’Vine Joy Randolph dan Ray Winstone.

Filem Puss in Boots: The Last Wish diarahkan oleh Joel Crawford, dan dijadualkan untuk tayangan bermula 15 September 2022. Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post