Satu lagi filem seram bakal ditayangkan di pawagam. Dibarisi barisan produksi sama yang menghasilkan filem Halloween (2018), kini dibawakan satu lagi filem dalam francais filem Halloween, diberi tajuk Halloween Kills. Saksikan trailer filem Halloween Kills di bawah :



Filem Halloween yang ditayangkan pada 2018 mencatatkan kutipan memberangsangkan iaitu lebih USD250 juta di seluruh dunia, dan menjadi filem yang mencatatkan kutipan paling tinggi dalam francais filem Halloween. 


Halloween Kills menyambung penceritaan filem terdahulu, di mana watak penjahat (lakonan Michael Myers) yang disangkakan telah mati akibat terperangkap dan terbakar di ruangan bawah tanah rumah Laurie Strode (lakonan Jamie Lee Curtis), rupanya masih hidup selepas berjaya melepaskan diri. 


Filem bergenre seram ini dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak, Will Patton, Thomas Mann dan Anthony Michael Hall, dan diarahkan oleh David Gordon Green.

Filem Halloween Kills dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 14 Oktober 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post