Syarikat penstriman terkenal, Netflix telah mengumumkan saluran itu akan menayangkan dokumentari khas kumpulan K-pop terkenal, BLACKPINK, dikenali dengan tajuk BLACKPINK: Light Up the Sky, yang mengisahkan tentang kejayaan kumpulan berasal dari Korea Selatan tersebut sehingga mengungguli carta di seluruh dunia. 


Diarahkan oleh Caroline Suh dan diterbitkan oleh RadicalMedia, dokumentari berkenaan akan menampilkan temuramah khas yang tidak pernah disiarkan sebelum ini melibatkan empat orang anggota BLACKPINK iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa, dari mula mereka dilatih sehinggalah berjaya menjadi sensasi terkenal di serata dunia. Para penonton akan dapat menyaksikan proses rakaman lagu-lagu dari album BLACKPINK, selain turut menampilkan bakat ahli kumpulan BLACKPINK secara individu.

Menurut Naib Presiden Netflix yang bertanggungjawab terhadap kandungan dokumentari,  Adam Del Deo, beliau berkata :

“The K-pop phenomenon has been sweeping the globe and BLACKPINK has arguably become the most recognizable and most popular girl group in the world. Director Caroline Suh’s trusted relationship with Jisoo, Jennie, Rosé, and Lisa offers organic and honest moments that give viewers an authentic inside look into the lives of BLACKPINK, as well as the dedication and grueling preparation each member puts into every hit song, history-making performance and sold-out arena tour. We’re thrilled to bring their story to their fans worldwide".

Manakala bagi anggota kumpulan BLACKPINK pula, peluang ini sememangnya ruang yang memang tidak akan mereka lepaskan, dan tidak sabar berkongsikan cerita mereka dengan barisan peminat mereka (dikenali sebagai Blinks) di luar sana.

Dokumentari BLACKPINK: Light Up the Sky boleh mula ditonton di Netflix bermula 14 Oktober ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post