Les' Copaque Melancarkan Siri Animasi Terbaharu Bertajuk Upin & Ipin: The Helping Heroes


Studio animasi tempatan, Les' Copaque Production baru-baru ini telah melancarkan siri animasi terbaharu mereka bertajuk Upin & Ipin: The Helping Heroes.


Berita berkenaan dikongsikan di laman sosial rasmi Les' Copaque,  yang menampilkan sedikit perbezaan berbanding watak-watak dalam siri animasi Upin dan Ipin sebelum ini.

Buat pertama kalinya, siri animasi terbaharu Les' Copaque ini akan menggunakan Bahasa Inggeris asas sebagai bahasa pengantar, untuk memudahkan para penonton memahaminya terutamanya kepada kumpulan sasar utama yang merupakan kanak-kanak. 

Les' Copaque turut memperlihatkan teaser trailer Upin & Ipin: The Helping Heroes yang sehingga kini telah mencatatkan sebanyak lebih 400 ribu tontotan. Saksikan teaser trailer Upin & Ipin: The Helping Heroes dilihat di bawah: 


Ketika entri ini diterbitkan, Upin & Ipin: The Helping Heroes telah mempunyai 1 episod bertajuk Head, Shoulders, Knees & Toes.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post