Filem Aksi Tempatan, Wira Bakal Ditayangkan Di Netflix


Gergasi penstriman antarabangsa, Netflix dilaporkan telah memperolehi hak tayangan untuk untuk tayangan filem aksi tempatan, iaitu Wira di saluran penstriman mereka. 


Filem Wira diarahkan oleh Adrian Teh, menampilkan Hairul Azreen sebagai Hassan dan mengisahkan bagaimana Hassan cuba untuk menyelamatkan keluarganya yang tersepit dek hutang darah dengan Raja (lakonan oleh Dain Iskandar Said). Filem aksi ini turut menampilkan pelakon hebat dari Indonesia, Yayan Ruhian yang merupakan koreografer aksi terkenal dan pernah terlibat dalam filem John Wick. Filem Wira diterbitkan secara bersama oleh Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios. Filem Wira ditayangkan di lebih dari 100 pawagam di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Netflix akan menayangkan filem Wira secara rasmi bermula 15 Jun ini, dan akan dilengkapkan dengan sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, Netflix pernah menayangkan beberapa filem tempatan termasuklah Pulang, Munafik 2, Polis Evo, Sangkar, Dendam Pontianak, Paskal: The Movie dan Crossroads: One Two Jaga.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post