Penggambaran Filem Jurassic World 3 Dimulakan - Tajuk Rasmi Juga Telah Diumumkan


Melalui Twitter peribadi miliknya, pengarah filem Jurassic World 3, iaitu Colin Trevorrow mengumumkan bahawa penggambaran filem berkenaan telahpun dimulakan secara rasmi. Filem ketiga dalam trilogi filem Jurassic World itu selepas ini akan dikenali dengan tajuk rasmi iaitu Jurassic World: Dominion.



Steven Spielberg dan Colin Trevorrow kembali sebagai penerbit eksekutif filem Jurassic World: Dominion yang merupakan filem terbaharu dari Universal Pictures dan Amblin Entertainment. 

Filem ketiga dari siri filem Jurassic World itu akan menampilkan semula pelakon-pelakon dari 2 filem terdahulu seperti Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jake Johnson, Omar Sy Daniella Pineda, dan Justice Smith, di samping menampilkan pelakon asal dari filem asal Jurassic Park seperti Laura Dern, Sam Neill dan Jeff Goldblum.

Filem Jurassic World: Dominion akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Jun 2021.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم