Filem Berdasarkan Siri Kartun M.A.S.K. Akan Dihasilkan - Lakon Layar Oleh Chris Bremner

Setelah tertangguh, kini nampaknya telah ada perkembangan terbaharu tentang filem berdasarkan watak kartun 80-an, M.A.S.K. Menurut laporan The Hollywoord Reporter (THR), studio perfileman Paramount telah melantik Chris Bremner untuk menghasilkan lakon layar filem berkenaan.



F. Gary Gray telah dikaitkan sebagai pengarah filem M.A.S.K. sejak tahun 2018 lagi. M.A.S.K. merupakan satu-satunya barisan permainan Hasbro yang dipilih oleh Paramount untuk diterjemahkan ke layar perak. Di samping filem-filem G.I. Joe dan Transformers, studio berkenaan tutut menerbitkan adaptasi terhadap watak-watak dari siri Micronauts, ROM, dan Visionaries. Perancangan asalnya adalah bagi kesemua filem-filem berkenaan untuk berkongsi dunia filemnya sendiri seperti mana MCU. Walau bagaimanapun, tidak diketahui samada Paramount akan meneruskan perancangan tersebut. 

M.A.S.K., singkatan kepada Mobile Armored Strike Kommand, mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan mengisahkan tentang sebuah pasukan rahsia yang berjuang menentang organisasi jahat V.E.N.O.M., iaitu singkatan kepada Vicious Evil Network of MayhemM.A.S.K. terkenal apabila menampilkan watak dengan topeng muka yang mempunyai kuasa luarbiasa dan kenderaan yang boleh bertukar bentuk. Francais M.A.S.K. bertahan selama 3 tahun dan Hasbro telah menghasilkan pelbagai produk, termasuklah figura aksi, siri TV animasi, komik dan permainan video.

Buat masa ini, masih belum diumumkan sinopsis mahupun tarikh tayangan filem M.A.S.K. 

KOMEN ANDA

أحدث أقدم