Jurassic World 3 Ditetapkan Untuk Tayangan Pada 2021!

Jurassic World 3 Ditetapkan Untuk Tayangan Pada 2021!

Kami ada berkongsikan trailer filem Jurassic World: Fallen Kingdom di entri kami sebelum ini, yang mana akan hanya ditayangkan pada 22 Jun 2018 ini. Namun begitu, Universal telahpun merancang untuk sambungan kepada filem berkenaan - buat masa ini hanya diberi tajuk Jurassic World 3. Filem Jurassic World 3 ini dikhabarkan dijadualkan untuk tayangan pada 2021. 



THR melaporkan yang Universal meletakkan tarikh tayangan filem Jurassic World 3 ini pada 11 Jun 2021, dengan cadangan subtajuk The Rise of Blue. Colin Trevorrow, yang mengarahkan filem pertama dan bertindak sebagai penerbit filem Jurassic World: Fallen Kingdom, akan kembali untuk filem ketiga ini. 

Masih belum ada perincian mengenai jalan cerita filem tersebut, walau bagaimanapun, ianya pasti merupakan kesinambungan dari filem Fallen Kingdom nanti di mana watak Owen dan Claire (Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard) akan berusaha untuk menyelamatkan dinosaur dari kepupusan disebabkan ancaman gunung berapi di pulau tempat dinosaur itu tinggal. 

Jurassic World: Fallen Kingdom akan ditayangkan di pawagam pada 22 Jun 2018.

No comments:

Powered by Blogger.