Filem G.I. Joe Snake Eyes Kini Memulakan Penggambaran Di Jepun


Setelah beberapa kali tertangguh dan terdapat beberapa halangan, kini Paramount Pictures telah mengesahkan yang yang filem Snake Eyes telahpun memulakan penggambaran di Jepun, dengan pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding disahkan akan melakonkan watak utama sebagai Snake Eyes!

BERKAITAN: Filem Solo Berdasarkan Watak Snake Eyes Dari G.I. Joe Akan Dihasilkan


Dalam siri G.I. Joe, Snake Eyes merupakan ninja/ komando yang dikenali dengan kemahiran mautnya dengan pedang dan pisau, selain mahir menggunakan senjata api. Beliau juga merupakan ahli seni mempertahankan diri yang berkemahiran tinggi yang amat merbahaya samada bersenjata ataupun tidak. Snake Eyes pada mulanya tinggal bersendirian di pergunungan High Sierras sebelum direkrut untuk menganggotai pasukan G.I. Joe. Nama sebenar Snake Eyes dan latar belakangnya kekal sebagai misteri sehingga hari ini, dan terdapat pelbagai versi baik dalam siri kartun mahupun komiknya yang menceritakan tentang latar belakang Snake Eyes sebelum dia dikenali dengan kostum serba hitam yang dipakai sekarang. Pelakon dan aktor lagak ngeri, Ray Park melakonkan watak Snake Eyes dalam filem G.I. Joe: The Rise of Cobra dan G.I. Joe: Retaliation

Pengarah yang sebelum ini mengarahkan filem RED (Retired, Extremely Dangerous) dan R.I.P.D. iaitu Robert Schwentke akan mengarahkan filem Snake Eyes. Beliau juga sebelum ini mengarahkan dua filem dari siri Divergent.

Filen Snake Eyes ini akan menampilkan barisan pelakon seperti Henry Golding (Crazy Rich Asians) yang akan memegang watak utama sebagai Snake Eyes, Andrew Koji (Warrior) sebagai Storm Shadow, Iko Uwais (The Raid, Stuber) sebagai Hard Master, Samara Weaving (Ready or Not) sebagai Scarlett, Úrsula Corberó (Money Heist) sebagai Baroness, Haruka Abe sebagai Akiko, di samping Takehiro Hira sebagai Kenta dan Steven Allerick (The Expanse) sebagai bapa kepada Snake Eyes.

Filem Snake Eyes akan ditayangkan di pawagam pada 16 Oktober 2020.


KOMEN ANDA

أحدث أقدم