Saksikan Gambar-Gambar Konsep Dari Filem Avatar 2 Arahan James Cameron


Sudah tidak terlalu jauh lagi untuk melihatkan sambungan filem Avatar kembali ditayangkan di layar perak, tetapi kini pengarahnya, James Cameron dan pasukan kreatifnya ingin memastikan yang peminat filem tidak lupa dengan keindahan dan 'magis' dunia Pandora ciptaannya dalam filem Avatar yang memukau ramai peminat filem pada ketika itu. Cameron telah tampil pada acara konvensyen CES tahun ini, dan membawakan bersama-samanya gambar-gambar konsep terbaharu untuk filem Avatar 2 yang dikongsikan dalam Twitter rasmi francais filem berkenaan, seperti tweet di bawah :



Pelakon dari filem terdahulu seperti Sam Worthington dan Zoe Saldana akan kembali dalam filem Avatar 2, dengan jalan cerita terbaharu ini akan menampilkan keluarga baharu mereka, manakala Sigourney Weaver dan Stephen Lang juga dikhabarkan bakal muncul semula. Dikhabarkan filem Avatar 2 ini akan menampilkan suku kaum Na'vi yang berlainan dari filem Avatar terdahulu, selain turut menampilkan beberapa pelakon baharu. 

Filem Avatar 2 dijadualkan untuk tayangan pada 17 Disember 2021.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم