Tayangan Filem Shazam 2 Ditetapkan Pada Bulan April 2022

Awal tahun ini, filem Shazam! membuat kemunculan kali pertamanya di layar perak. Kini, pengumuman terbaharu menyatakan yang Warner Bros. telah mendedahkan tayangan filem sambungannya, buat masa ini hanya dikenali sebagai Shazam! 2, telahpun ditetapkan pada tarikh 1 April 2022. Pengarah filem pertama, David F. Sandberg dikhabarkan akan kembali ke kerusi pengarah.


BERKAITAN: Review Filem Shazam! (2019) - Nafas Baru Untuk Filem Superhero DC

Turut dijangka kembali sebagai pelakon adalah Asher Angel sebagai Billy Batson (kecil), Zachary Levi sebagai Billy Batson dewasa/ Shazam, di samping pelakon-pelakon seperti Faithe Herman, Grace Fulton, Ian Chen, Ross Butler, dan Jovan Armand sebagai adik beradik angkat kepada Billy.

Adegan kredit akhir filem Shazam! telah memberikan bayangan awal penjahat yang bakal muncul dalam filem kedua, apabila watak Dr. Sivana lakonan Mark Strong dilawati oleh Mr. Mind, seekor ulat bulu yang boleh bercakap dan mempunyai agenda jahat.

BERKAITAN: Filem Black Adam Dijadualkan Untuk Tayangan Pada Disember 2021

Satu lagi filem berdasarkan watak filem DC, iaitu Black Adam lakonan Dwayne Johnson akan ditayangkan beberapa bulan lebih awal dari filem Shazam! 2. Filem Black Adam akan ditayangkan di pawagam pada 22 Disember 2021, dan masih belum dapat dipastikan adakah kedua-dua watak ini akan bertembung antara satu sama lain. Ini kerana kedua-dua watak ini mempunyai set kuasa yang hampir sama, di mana punca kuasa yang dimiliki mereka juga dalah dari ahli sihir yang sama.

Nantikan perkembangan seterusnya dari kami tentang berita berkaitan filem Shazam! 2 dan Black Adam.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم