Tarikh Tayangan Filem Reboot Mortal Kombat Diawalkan Dua Bulan Dari Tarikh Asal

Penerbit filem, James Wan dan studio perfileman Warner Bros. baharu sahaja mengumumkan tarikh baru tayangan untuk filem reboot Mortal Kombat. Tarikh tayangan terbaharu filem Mortal Kombat yang diumumkan adalah pada 5 Januari 2021, iaitu 2 bulan lebih awal dari tarikh asal iaitu pada 5 Mac 2021.


Filem Mortal Kombat telah memulakan penggambaran pada September lalu, di mana sebelum ini penulis lakon layar, Greg Russo ada berkongsikan gambar awal di sebalik tabir pembikinn filem tersebut. Memetik kenyataan Russo berkaitan penarafan untuk filem Mortal Kombat ini, beliau berkata :

“Mortal Kombat WILL be R-Rated and for the first time EVER, FATALITIES will FINALLY be on the big screen (and no I’m not gonna say which ones) You’ll just have to wait for the movie & see”. 

BERKAITAN: Joe Taslim Dipilih Untuk Melakonkan Watak Sub-Zero Dalam Filem Mortal Kombat Versi Reboot!

Filem reboot Mortal Kombat diarahkan oleh Simon McQuoid, dan akan menampilkan Joe Taslim (The Raid) sebagai Sub-Zero, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, dan Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم