Filem Captain Marvel Memecahkan Rekod Kutipan Box Office Filem Wonder Woman!

Filem Avengers: Endgame sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia ketika ini, dan telahpun mencatatkan rekod kutipan di luar jangka. Walau bagaimanapun, satu lagi filem dari Marvel Studios, iaitu Captain Marvel juga mencatatkan rekodnya yang tersendiri. Melihatkan kepada sambutan filem Avengers: Endgame, filem Captain Marvel kini mencatatkan tambahan kutipan dianggarkan sebanyak USD8 juta, menjadikan kutipan semasa sebanyak USD413.5 juta. Kutipan ini sahaja sudah cukup untuk mengatasi kutipan filem Wonder Woman sebagai filem solo superheroine yang mencatatkan kutipan paling tinggi untuk pasaran di Amerika Utara sahaja! 


Sebelum ini, Wonder Woman mencatatkan rekod kutipan sebanyak USD412.5 juta pada 2017, sekaligus melenyapkan mitos yang menyatakan pengunjung tidak akan memberi sambutan hebat terhadap filem solo superheroine. Secara keseluruhan, Wonder Woman mencatatkan kutipan sebanyak USD821.8 juta di seluruh dunia, yang mana telahpun diatasi oleh filem Captain Marvel yang mencatatkan kutipan keseluruhan kini sebanyak USD1.1 billion.


Marvel masih belum mendedahkan pelan selanjutnya untuk sambungan filem Captain Marvel, dengan MCU Fasa 3 akan hanya diakhiri dengan filem Spider-Man: Far From Home. Marvel masih mendiamkan diri tentang senarai filem untuk MCU Fasa 4, tetapi dengan apa yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame, sudah tentunya Captain Marvel akan menjadi fokus utama untuk filem-filem Marvel di masa akan datang.


KOMEN ANDA

أحدث أقدم