Adakah Iron Man Akan Mati Dalam Filem Avengers: Endgame?

Marvel Cinematic Universe (MCU) akan memasuki fasa baru selepas filem Avengers: Endgame. Filem Avengers: Endgame bertindak sebagai penutup sepuluh tahun pertama MCU, yang dimulakan dengan filem Iron Man pada tahun 2008. Selepas ini, generasi baharu superhero akan mengambil alih – dimulakan oleh filem Captain Marvel pada Mac 2019, yang memperkenalkan watak Carol Danvers (lakonan Brie Larson) kepada para peminat.



Pengenalan watak Captain Marvel dilihat sebagai usaha Marvel Studios untuk mengangkat watak tersebut sebagai 'muka depan' watak-watak MCU di masa depan, dan kata-kata dari Presiden Marvel Studios, iaitu Kevin Feige menguatkan lagi andaian yang Captain Marvel akan menjadi 'poster girl' untuk francais tersebut, menggantikan watak utama seperti Iron Man dan Captain America.

Umum mengetahui kontrak Robert Downey Jr. dan Chris Evans tamat sehingga filem Avengers: Endgame sahaja. Peminat filem MCU pula telah lama berspekulasi yang filem Avengers: Endgame yang merupakan filem keempat Avengers, adalah merupakan filem terakhir menampilkan watak Captain America dan Iron Man.

Dengan nama besar pelakon yang ada, adakah kemungkinan Marvel Studios akan mengorbankan watak Iron Man untuk memberi laluan kepada watak Captain Marvel?

KOMEN ANDA

أحدث أقدم