Inilah Senarai Filem Yang Kami Tunggu-Tunggu 2019!

Selamat Tahun Baru 2019 buat semua pembaca Sembangfilem! Terdapat banyak filem-filem hebat yang akan ditayangkan pada tahun ini, dan sebagai blog yang berkongsikan berita-berita terbaru dunia perfileman, sudah tentu kami antara yang teruja melihat senarai filem-filem tahun 2019



Oleh itu, di sini kami senaraikan filem-filem tahun 2019 yang kami nanti-nantikan, yang kami rasakan bakal menjadi filem hit untuk tahun ini. Senarai filem-filem 2019 tersebut adalah di bawah : 

Glass (18 Januari 2019) – Filem sambungan kepada filem Unbreakable dan Split arahan M. Night Shymalan. File mini dibintangi oleh Bruce Willis, Samuel L. Jackson, James McAvoy, dan Anya Taylor-Joy. 

Alita: Battle Angel (14 Februari 2019) – Filem adaptasi aksi hidup dari manga sains fiksyen, diarahkan oleh Robert Rodriguez dan diterbitkan oleh James Cameron. 

How to Train Your Dragon: The Hidden World (22 Februari 2019) – Filem ketiga dan terakhir dalam francais How to Train Your Dragon. Jay Baruchel dan America Ferrera akan kembali menyumbangkan suara untuk watak dalam filem ini. 

Captain Marvel (8 Mac 2019) – Filem kedua terakhir dalam Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe. Brie Larson melakonkan watak Carol Danvers, bekas juruterbang U.S. Air Force yang menjadi superheroin terhebat di seluruh galaksi. 

Dumbo (29 Mac 2019) - Tim Burton mengarahkan filem aksi hidup berdasarkan buku kanak-kanak terkenal. 

Shazam! (5 April 2019) – Seorang remaja mendapat kuasa luarbiasa dan boleh bertukar menjadi superhero dengan hanya menyebutkan perkataan “Shazam!”. Filem terbaru dalam DC Extended Universe. 

Hellboy (12 April 2019) - Big Red (David Harbour) bertarung menentang Blood Queen (Millar Jovovich) yang jahat, dalam filem reboot siri ini berdasarkan komik karya Mike Mignola. 

Avengers: Endgame (26 April 2019) – Sambungan filem Avengers: Infinity War yang amat dinanti-nantikan, susulan petikan jari Thanos yang menyaksikan separuh hidupan di seluruh galaksi bertukar menjadi debu. Ini merupakan filem terakhir dalam Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe. 

John Wick 3: Parabellum (17 Mei 2019) – Filem ketiga John Wick menyaksikan John (Keanu Reeves) sebagai pembunuh upahan legenda yang menjadi buruan ramai pembunuh upahan lain. 

Godzilla: King of the Monsters (31 Mei 2019) – Sambungan filem Godzilla (2014) menyaksikan Godzilla bertarung menentang tiga musuh lain iaitu Mothra, Ronan, dan King Ghidorah. 

Dark Phoenix (7 Jun 2019) – Filem keempat dalam saga X-Men oleh Fox, menampilkan pengkisahan dari komik Dark Phoenix. 

Spider-Man: Far From Home (5 Julai 2019) – Sambungan filem Spider-Man: Homecoming yang menyaksikan Peter Parker (Tom Holland) kembali menyambung sut Spider-Man. Ini merupakan filem pertama dalam Fasa Keempat Marvel Cinematic Universe. 

Fast and Furious Presents: Hobbs & Shaw (2 Ogos 2019) - Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dan Deckard Shaw (Jason Statham) akan bergabung untuk menghalang perancangan jahat dalam filem spinoff Fast & Furious ini. 

Joker (4 Oktober 2019) - Joaquin Phoenix melakonkan watak Joker dalam filem arahan Todd Phillips. Ini merupakan filem standalone dan bukan sebahagian dari DC Extended Universe. 

Terminator 6 (1 November 2019) – Filem keenam dalam siri filem Terminator ini mengenepikan tiga filem terdahulu dan merupakan filem sambungan kepada filem Terminator 2: Judgement Day. Linda Hamilton menyambung wtaknya sebagai Sarah Connor dari filem Terminator. 

Kingsman 3 (8 November 2019) – Filem ketiga dalam siri filem Kingsman, berdasarkan komik perisik karya Dave Gibbons dan Mark Millar. 

Frozen 2 (22 November 2019) – Sambungan filem animasi hit Frozen menyambung kisah Queen Elsa (Idina Menzel) dan Puteri Anna (Kristen Bell) beberapa tahun selepas filem pertama. 

Jumanji 3 (13 Disember 2019) – Sambungan kepada filem Jumanji: Welcome to the Jungle, ini merupakan filem ketiga Jumanji. Dwayne Johnson, Karen Gillan, Jack Black, dan Kevin Hart akan kembali menyambung wataknya dalam filem terdahulu. 

Star Wars: Episode 9 (20 Disember 2019) – Ini merupakan filem kesembilan dalam siri filem Star Wars. 



KOMEN ANDA

أحدث أقدم