Trailer Pertama Filem Avengers 4 Akan Diperlihatkan Jumaat Ini?

Terasa begitu lama menantikan trailer pertama filem Avengers 4 untuk diperlihatkan, setelah pengakhiran filem Avengers 4 menyaksikan beberapa hero kesayangan ramai menjadi debu selepas 'petikan jari' Thanos. Sebelum ini, kami ada melaporkan yang trailer pertama filem Avengers 4 akan diperlihatkan pada hari Rabu (hari ini), tetapi dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya tarikh tayangan trailer pertama filem Avengers 4 akan dianjakkan lagi.


Menurut laporan pengguna Twitter @DanielRPK, yang mempunyai rekod yang diakui berkaitan berita terkini dalam industri perfileman, menyatakan yang trailer pertama filem Avengers 4 akan diperlihatkan pada hari Jumaat ini! Inilah yang ditulisnya sendiri di Twitter peribadinya :

“First trailer for Avengers 4 will drop this Friday morning. And yes this is final.”

Adakah ianya benar, ataupun ada penundaan lagi? Sama-samalah kita nantikan. Tetapi sekiranya benar, ini adalah minggu yang amat sibuk bagi Marvel Studios dengan trailer kedua filem Captain Marvel, disusuli dengan trailer pertama filem Avengers 4, dan akhir sekali adalah trailer pertama filem Spider-Man, Far From Home.

Nantikan perkembangan terbaru dari kami, hanya di SembangFilem.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم