Tarikh Tayangan Musim Ketiga Siri Netflix, Daredevil Diumumkan!


Netflix baru sahaja mengumumkan secara rasmi tarikh tayangan Daredevil musim ke-3 melalui satu video teaser khas. Saksikan video teaser tersebut di bawah : 


Tarikh tayangan musim ke-3 Daredevil diumumkan adalah pada 19 Oktober 2018 dan akan menyaksikan kembalinya Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil, Deborah Ann Woll sebagai Karen Page, Elden Henson sebagai Foggy Nelson dan Vincent D’Onofrio kembali sebagai Wilson Fisk ataupun The Kingpin. Watak baru yang ditampilkan adalah seperti Wilson Bethel sebagai seorang ejen FBI dan Joanne Whalley sebagai Sister Maggie, ibu kepada Daredevil.

Video teaser berdurasi 30 saat sebelum ini  telah memaparkan sisi emosional yang terpaksa dihadapai oleh Murdock selepas kejadian yang berlaku dalam satu lagi siri Netflix, The Defenders, yang mana dia disangkakan telah mati dalam runtuhan bangunan yang terletak di atas rangka naga. Apa jua yang berlaku kepada Murdock selepas itu nampaknya telah mengubah tujuan hidupnya, yang kini dia bersedia untuk melupakan kerjaya peguamnnya dan kekal sebagai Daredevil untuk sepanjang hidupnya. 

Musim ketiga siri Netflix Daredevil ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios khas untuk penstriman di Netflix.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post