Saksikan 15 Muka Depan Eksklusif Majalah Entertainment Weekly, Menampilkan Watak-Watak Utama Filem Avengers: Infinity War



Majalah Entertainment Weekly akan hadir dengan edisi muka depan khas untuk filem Avengers: Infinity War, menampilkan 15 rekaan muka depan yang bleh dipilih ataupun dibeli kesemuanya untuk peminat tegar filem berkenaan. Saksikan gambar-gambar muka depan majalah tersebut di bawah :

...


Filem Avengers: Infinity War bakal menjadi filem superhero terhebat, dengan menampilkan lebih 60 watak superhero, dan waktu tayangan selama 2 jam 36 minit ataupun 156 minit, menjadikannya filem terpanjang dalam siri filem Marvel Studios, lebih panjang dari filem Captain America: Civil War dengan durasi tayangan 147 minit. 

Seramai 22 watak superhero ditampilkan dalam muka depan majalah Entertainment Weekly berkenaan, termasuklah watak penjahat utama, Thanos.

Antara yang ditampilkan adalah Iron Man (Robert Downey Jr.), Captain America (Chris Evans), Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Black Widow (Scarlet Johansson), Star-Lord (Chris Pratt), Gamora (Zoe Saldana), Rocket Raccoon (Bradley Cooper), Teen Groot (Vin Diesel), Drax (Dave Bautista), Spider-Man (Tom Holland), Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Winter Soldier (Sebastian Stan), War Machine (Don Cheadle), Falcon (Anthony Mackie), Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), The Vision (Paul Bettany), Nebula (Karen Gillan), Mantis (Pom Klementieff), Black Panther (Chadwick Boseman) dan Shuri (Letitia Wright) di samping ketua Dora Milaje, Okoye (Danai Gurira).

Kesemua mereka akan bersatu untuk menentang ancaman Thanos (Josh Brolin) yang dalam misi untuk mengumpul kesemua 6 Batu Infiniti.

Filem Avengers: Infinity War akan ditayangkan di pawagam pada 27 April 2018.

1 Comments

  1. You have done a great job on this article. It’s very readable and highly intelligent. You have even managed to make it understandable and easy to read. You have some real writing talent. Thank you. parqueempresarial.es

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post