Ethan Hawke Sebagai Nikola Tesla Dalam Filem Biopik Perekacipta Tersebut

Projek baru Millennium Media, iaitu filem biopik Tesla, dikhabarkan telah mengesahkan yang Ethan Hawke (The Magnificent Seven) akan memainkan watak perekacipta terkenal, Nikola Tesla.



Filem Tesla ditulis dan diarahkan oleh Michael Almereyda (Cymbeline), yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Hawke dalam filem Hamlet dan Cymbeline.

Filem tersebut akan mengisahkan perjalanan hidup perekacipta terkenal kelahiran Serbia itu, yang dikenali kerana mencipta alternating-current (AC) electric system, yang mana sehingga kini masih merupakan sistem elektrikal dominan digunakan di seluruh dunia. Dia juga dikenali kerana mereka gegelung Tesla, yang sehingga kini masih digunakan dalam teknologi radio. Tesla turut mereka dan membangunkan beberapa lagi ciptaan, selain turut menjadi antara orang yang bertanggungjawab dalam penemuan teknologi X-ray, radar, alat kawalan jauh dan medan magnetik berputar.

Filem Tesla akan diterbitkan oleh Uri Singer dan Isen Robbins untuk Passage Pictures. Penggambaran filem Tesla pula dijangka akan dimulakan pada musim luruh ini di New York.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post