Gipsy Avenger Diperlihatkan Dalam Poster Terbaru Filem Pacific Rim Uprising Untuk Pasaran Jepun


Legendary Pictures dan Universal Pictures telah memperlihatkan poster terbaru filem Pacific Rim Uprising untuk pasaran Jepun, yang menampilkan Jaeger Gipsy Avenger! Filem Pacific Rim Uprising dibintangi oleh John Boyega, Scott Eastwood, Jing Tian, Cailee Spaeny, Rinko Kikuchi, Burn Gorman, Adria Arjona dan Charlie Day.



John Boyega (Star Wars: The Force Awakens) membawakan watak Jake Pentecost, seorang pemandu Jaeger yang merupakan anak kepada Marshal Pentecost yang dalam filem sebelum ini telah mengorbankan nyawanya untuk memastikan keselamatan manusia sejagat daripada ancaman raksasa “Kaiju.”



Jake berganding bahu bersama-sama pemandu berbakat, Lambert (dibawakan oleh Scott Eastwood yang tampil sebelum ini dalam filem Fate of the Furious) dan Jaeger hacker berusia 15 tahun bernama Amara (dibawakan oleh Cailee Spaeny). Bangkit bersama untuk menjadi barisan pertahanan terkuat di dunia, mereka akan membawakan pengembaraan terbaru dalam usaha menewaskan ancaman terbaru yang datang.

Pacific Rim Uprising diarahkan oleh Steven S. DeKnight. Filem Pacific Rim Uprising akan ditayangkan di pawagam pada 23 Mac 2018.

No comments:

Powered by Blogger.