Sambungan Filem The Maze Runner Dijadualkan Untuk Tayangan Pada 2015 - Bertajuk 'The Scorch Trials'


Selepas memungut $32.5 juta dalam tempoh minggu pertama tayangannya, mengalahkan filem diterajui Liam Neeson, A Walk Among the Tombstone untuk kedudukan pertama box office, Fox telah mengumumkan tarikh tayangan sambungan kepada filem The Maze Runner. Ianya bertajuk The Scorch Trials dan akan ditayangkan kurang setahun daripada sekarang.


Mengesahkan yang sambungan filem berkenaan dalam pembikinan beberapa bulan yang lalu, The Scorch Trials dijadualkan untuk tayangan pada 18 September 2015. Ia akan bersaing dengan filem "Everest" terbitan Universal Pictures, yang dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Robin Wright, Keira Knightley, Josh Brolin dan Sam Worthington. Wes Ball akan mengarahkan filem The Scorch Trials.

Sekiranya filem The Scorch Trials ini mencapai kejayaan seperti filem pertama, bolehlah dijangka yang filem adaptasi untuk buku ketiga siri ini, "The Death Cure" juga akan dihasilkan.


Sumber dari Huffington Post

No comments:

Powered by Blogger.