Terdapat perubahan perancangan untuk francais filem Bourne terbitan Universal Studios apabila Deadline melaporkan yang studio berkenaan sedang berbincang dengan pelakon Matt Damon dan pengarah filem The Bourne Supremacy dan The Bourne Ultimatum, Paul Greengrass untuk kembali bagi filem kelima siri berkenaan.

Menurut sumber, filem baru berkenaan akan ditayangkan pada 16 Julai 2016, mengambil alih tarikh yang ditetapkan untuk satu lagi sambungan filem Bourne. Filem berkenaan, yang merupakan sambungan The Bourne Legacy dengan pelakon utamanya Jeremy Renner, masih kekal dalam perancangan untuk ditayangkan pada masa akan datang.

Masih belum ada kepastian tentang khabar angin ini, jadi nantikan sahaja perkembangan terbaru tentang filem ini nanti.



Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post