Poster antarabangsa terbaru filem Horns lakonan Daniel Radcliffe (Harry Potter) telahpun dimuat naik dan boleh dilihat seperti di bawah :


Filem Horns, filem supernatural thriller berlatarkan fantasi, misteri dan cinta, mengisahkan Ig Perrish (Radcliffe), yang dituduh atas kejadian rogol dan bunuh melibatkan teman wanitanya, Merrin (Temple). Apabila tersedar selepas malam yang memabukkan, Ig menyedari yang sepasang tanduk telah tumbuh di kepalanya, yang mempunyai kuasa untuk membuatkan orang lain membuat pengakuan dosa dan membuatkan mereka bercerita tentang rahsia gelap mereka - dan dengan kebolehan itu, Ig menggunakannya untuk membersihkan namanya daripada tuduhan dahsyat itu dan membalas dendam terhadap pembunuh teman wanitanya.

Bakal mula ditayangkan pada 31 Oktober ini, filem Horns ini turut dibintangi oleh Juno Temple, Joe Anderson, Kelli Garner, Max Minghella dan James Remar.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post