New Line Cinema dan Warner Bros. Pictures telah memperlihatkan teaser trailer bagi filem arahan Peter Jackson, iaitu sambungan kepada filem The Hobbit: The Desolation of Smaug berjudul The Hobbit: The Battle of the Five Armies bersama-sama poster terbaru filem berkenaan.


Bakal ditayangkan pada 17 Disember 2014, filem The Hobbit: The Battle of the Five Armies membawakan penutup kepada pengembaraan Bilbo Baggins, Thorin Oakenshield dan kumpulan Dwarves. Selepas berjaya menuntut kembali hak mereka daripada naga Smaug, mereka secara tak sengaja telah melepaskan satu kuasa hebat ke dunia. Dalam kemarahan, Smaug menyerang kota Lake-town sebagai balas dendam. 

Teruja dengan harta karun yang dimiliki selepas kejayaan menawan semula The Lonely Mountain, Thorin mengorbankan persahabatan dan maruahnya, sementara Bilbo cuba menyedarkan kembali tentang ancaman yang akan dihadapi. Tetapi mereka tidak sedar tentang ancaman lebih hebat yang turut gagal disedari oleh Gandalf, di mana Sauron telah menghantar tentera Orcs untuk menyerang The Lonely Mountauin.

Saksikan teaser trailer filem ini di bawah :


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post