Semenjak pendedahan bahawa pelakon Colton Haynes akan membawakan watak Roy Harper dalam siri TV terbitan CW, Arrow, peminat memang ternanti-nantikan perkembangan wataknya dengan hoodnya dan busur panahnya sendiri. Penantian itu kini berakhir apabila CW (melalui EW) telah mendedahkan gambar rasmi pertama watak Roy Harper dalam musim ketiga siri TV Arrow sebagai Arsenal!

Walaupun dalam komik asal watak ini muncul sebagai “Speedy”, Roy Harper akhirnya menjadi adiwira Arsenal ketika menyertai Teen Titan, kemudiannya muncul sebagai Red Arrow.

Arrow musim ketiga dijangka akan mula ditayangkan pada 8 Oktober 2014 ini.
Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post