20th Century Fox telah memperlihatkan TV spot terbaru untuk filem arahan pengarah Matt Reeves, Dawn of the Planet of the Apes. Bakal ditayangkan pada 11 Julai 2014, filem ini dibintangi oleh pelakon seperti Andy Serkis, Jason Clarke, Gary Oldman, Keri Russell, Toby Kebbell, Kodi Smit-McPhee, Enrique Murciano, Kirk Acevedo dan Judy Greer.

Filem ini mengisahkan sekumpulan beruk yang diubah genetiknya dan berubah seumpama mempunyai kebijaksaan sendiri, diketuai oleh beruk bernama Caesar, kini diancam oleh kelompok manusia yang terselamat daripada virus pembunuh yang disebarkan sedekad sebelumnya. Dalam usaha kedua-dua kelompok ini mencapai keamanan di kedua-dua pihak, kedua-duanya juga diambang pertempuran hebat yang akan menentukan siapakah yang akan muncul sebagai spesies dominan di Bumi. 

Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post