Comic-Con 2014: Dua Poster Konsep Filem The Avengers: Age of Ultron


Marvel Studios telah memperlihatkan dua poster concept art filem The Avengers: Age of Ultron di acara San Diego Comic-Con 2014 yang sedang berlangsung ketika ini. Gambar itu boleh dilihat di bawah, yang menampilkan Iron Man dan Scarlet Witch menentang robot ciptaan Ultron : 


Bakal ditayangkan pada 1 Mei 2015, filem arahan Joss Whedon ini akan dibintangi oleh Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Samuel L. Jackson, Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, James Spader, Cobie Smulders, Thomas Kretschmann dan Paul Bettany.
Sumber daripada Comingsoon.net

No comments:

Powered by Blogger.