FOX dikhabarkan bakal meneruskan rancangannya untuk menghasilkan reboot kepada filem Predator, dengan ura-ura mengatakan pengarah filem Iron Man 3, Shane Black bertindak selaku pengarahnya.

Menariknya, Black telahpun mempunyai kaitan kepada filem asal Predator, di mana beliau telah melakukan beberapa rewrites kepada skrip asal, dan juga melakonkan watak kecil dalam filem berkenaan.
Masih belum ada lagi maklumat tentang perancangan Black untuk filem berkenaan, dan juga masih belum ada tarikh tayangan yang diumumkan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post