Pengarah Edgar Wright dan Marvel Studios telahpun berjaya menandatangani tiga pelakon terbaik untuk membintangi filem superhero terbaru Marvel iaitu Ant- Man, tetapi nampaknya ia tidak berakhir setakat itu saja. Menurut sumber, Patrick Wilson kini sedang dalam rundingan untuk "peranan utama yang terakhir" dalam filem tersebut.

Telah diumumkan sebelum ini yang filem Ant- Man akan dibintangi oleh Michael Douglas dan Paul Rudd sebagai Ant-Man, dengan Douglas membawakan watak Dr Henry Pym, yang menemui partikel Pym dan merupakan the original Ant- Man, dan Rudd yang membawakan watak Scott Lang, seorang penjenayah terdesak yang mencuri sut Ant-Man. Pelakon Evangeline Lilly (Tauriel dalam filem The Hobbit: The Desolation of Smaug) dilaporkan juga akan membawakan watak utama, Cuma tidak pasti samada adakah dia akan membawakan watak Janet Van Dyne, a.k.a. Wasp atau tidak.


Watak apakah yang akan dibawakan oleh Patrick Wilson nanti? Beliau bukanlah pelakon yang asing dalam filem superhero kerana pernah membawakan watak Nite Owl II dalam filem arahan Zack Snyder, Watchmen, dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

Filem Ant -Man telah dijadualkan untuk tayangan pada 17 Julai 2015. Teruja dengan filem ini nanti? Adakah Ant-Man akan membuat kemunculan cameo dalam filem The Avengers: Age Of Ultron nanti? Sama-samalah kita nantikan perkembangan filem ini nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post