SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, December 30, 2013

Pandang Pertama Watak-Watak Dari Filem Captain America: The Winter Soldier

Muka depan majalah Empire telah menampilkan pandang pertama watak-watak dari filem Captain America: The Winter Soldier.

image
Dari gambar di atas, dapat dilihat rupa baru sut Captain America. Difahamkan yang sut baru ini mengambil inspirasi daripada siri komik Ultimates oleh Marvel. Nampak lebih taktikal daripada sut bendera USA yang dipakai oleh Cap sebelum ini.

Juga dapat dilihat adalah watak Winter Soldier yang sebenarnya adalah Bucky Barnes, rakan Cap yang terjatuh dari keretapi dalam filem pertama dahulu.

Jika dilihat daripada trailer filem Captain America: The Winter Soldier yang pernah kami terbitkan sebelum ini, nampaknya ada situasi besar yang berlaku dalam organisasi S.H.I.E.L.D. nanti. Apakah peranan Cap dalam filem ini nanti? Sama-sama kita nantikan

No comments:

Post a Comment