Filem Perlawanan Quidditch Dari Filem Harry Potter Dalam Pembikinan?


Warner Bros. dikhabarkan telah mendapatkan hak ekslusif daripada penulis buku Harry Potter, J.K. Rowling, untuk buku lanjutan dari filem Harry Potter bertajuk Quidditch Through The Ages yang memfokuskan kepada sukan magikal yang dipaparkan dalam buku dan filem Harry Potter sebelum ini. Adakah ini petanda kepada bakal terhasilnya filem yang diadaptasi daripada buku tersebut?


Berita ini muncul selepas satu lagi buku lanjutan daripada filem Harry Potter, bertajuk Fantastic Beasts And Where To Find Them yang telah secara rasminya akan difilemkan juga oleh Warner Bros. Bagi peminat dunia filem Harry Potter, ini sudah semestinya satu perkembangan yang mengujakan! Mana taknya, dua buah buku lanjutan daripada filem Harry Potter bakal difilemkan. Siapa yang tak excited ye tak?

Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan penghasilan filem berkenaan, pengumuman dan reaksi peminat hasil pengumuman filem berdasarkan buku Fantastic Beasts And Where To Find Them mungkin menjadi signal kepada banyak lagi filem spin-off dari dunia Harry Potter nanti.


Sumber daripada TotalFilm

2 comments:

  1. terbaek la kalau jadi difilemkan

    ReplyDelete
  2. Mesti magikal jugak macam filem Harry Potter

    ReplyDelete

Powered by Blogger.