Selepas tiga buah buku dari siri Narnia difilemkan, khabarnya persetujuan telah dicapai antara The C.S. Lewis Company dan The Mark Gordon Company untuk menerbitkan filem berdasarkan buku keempat dengan tajuk The Chronicles of Narnia : The Silver Chair.


Ketiga-tiga filem Narnia sebelum ini berjaya memungut sejumlah $1.6 billion di seluruh dunia.

Siri klasik berjumlah 7 novel kesemuanya dan telah mencecah jualan lebih 100 juta naskhah, "The Chronicles of Narnia" bermula dengan penerbitan buku pertama bertajuk "The Lion, The Witch and The Wardrobe" pada tahun 1950. Enam buah novel lagi (iaitu "The Magician's Nephew," "The Horse and His Boy," "Prince Caspian," "The Voyage of the Dawn Treader," "The Silver Chair" dan "The Last Battle") pula diterbitkan dalam tempoh 6 tahun berikutnya secara berturut-turut.

Masih belum dinyatakan lagi bilakah penggambaran akan dimulakan dan bilakah tarikh tayangan sebenar filem ini nanti. Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post