Marvel Studios telah mengumumkan bahawa mereka telah mempercepatkan jadual tayangan satu lagi filem superheronya, Ant-Man pada 31 Julai 2015, 3 bulan lebih awal dari jangkaan sebelumnya. Nampaknya ia hanya beberapa minggu selepas filem sequel Man of Steel yang masih tak bertajuk oleh Warner Bros.


Harap-harapnya filem Ant-Man arahan Edgar Wright ini akan menyediakan alternatif yang menyeronokkan. Apakah keistimewaan yang bakal ditampilkan dalam filem ini nanti? Dan siapakah yang akan membawakan watak Hank Pym a.k.a Ant-Man ini nanti?

Sama-sama kita nantikan, walaupun tempoh tayangannya masih terlalu jauh lagi.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post