It's quite a while since aku buat review filem, Hahah review la sangat, padahal lebih pada pandangan aku je pasal filem ni. Apa-apa pun, korang baca la dulu apa aku nak komen ni. Aku paham, masing-masing ada penilaian sendiri. Dan aku pun tak la kata lepas korang baca review ni, korang takyah pegi tengok dah. Pegi je la, dan nilaikan sendiri.
Seriously, sedari filem pertama dulu lagi aku dah hairan dengan tajuk filem ni. Evolusi? Apa yang evolusi? Evolusi dari apa kepada apa? Evolusi tu sendiri berasal dari kata dasar 'evolve', bermakna berubah, pembaharuan, and so on. Jadi, apa yang 'berubah', ataupun mungkin dalam konteks ni, 'penambahbaikan'?
Amat jarang untuk melihat filem Malaysia yang cemerlang bila bab dubbing suara, dan malangnya, filem Evolusi KL Drift 2 pun berhadapan dengan masalah sama. Tune suara lari terus. Pada pandangan aku, rasanya yang betul masuk dialog dengan ekspresi muka dan gerak badan cuma watak Ery (lakonan Shaheizy Sam) je. Itu pun bila dia mula bercakap dengan slang Cina, satu panggung dah gelak. Mungkin masih terbawa-bawa lagi scene filem Adnan Sempit agaknya.
Filem sebegini sememangnya selalu mengangkat penaja-penaja yang sudi menaja peralatan mereka untuk dipamerkan dalam filem, dan Evolusi KL Drift 2 juga tidak terkecuali. Aku rasa ramai juga yang tahu Toyo Tires tu penaja utama filem ni. Tapi tak perlu la asyik tunjuk pasal Toyo Tires je. Mungkin penaja ni boleh ditonjolkan secara subtle sahaja untuk scene tertentu sahaja. Tapi mungkin juga produksi telah terikat dengan perjanjian awal dengan penaja, sehinggakan hampir setiap sudut ada dipaparkan promosi untuk penaja.
Satu lagi yang agak menjengkelkan ialah dari segi tajuk filem ini sendiri. Evolusi KL Drift 2, tapi kenapa scene banyak ditampilkan di Putrajaya? Baik letak tajuk Putrajaya Drift kalau macam ni.
Eh panjang pulak aku mengomen. Apa boleh buat, ini la yang aku rasa masa tengok filem Evolusi KL Drift 2. Lagi sekali aku tekankan, ini pandangan aku. Korang tengok sendiri dan nilaikan lah ye. Masing-masing ada penilaian sendiri.
* Ohh lupa nak komen, aku tabik pada stuntman filem ni. Memang ada peningkatan. Banyak juga scene stunt yang tak pernah muncul dalam filem kita selama ni, dipaparkan. Big salute to them!
Post a Comment